Berkawan dengan ramai orang memang
mudah, tetapi memilih sahabat yang tulus agak sukar. Kadang-kadang, anda harus
menjalinkan persahabatan dengan orang yang hanya berpura-pura baik.
Apabila menyedari, anda akan
rasa marah dan tertipu. Oleh itu, sebaiknya anda mengetahui dari sekarang
adakah sahabat anda adalah seorang teman yang baik atau bukan.
Tidak menghargai
Dalam persahabatan, saling
menghargai adalah sikap yang perlu ditunjukkan oleh semua orang. Jika dia
melayan anda dengan buruk, bererti dia merendahkan anda. Jika rakan anda sering
menunjukkan sikap tersebut, sudah tiba masanya anda menjauhkan darinya.
Iri hati
Adakah rakan anda sering
menunjukkan sikap tidak bahagia ketika anda mendapatkan prestasi? Jika dia
sering menunjukkannya dan selalu mengejek prestasi yang anda dapatkan, ertinya
dia iri hati pada anda. Orang yang tidak senang dengan kejayaan yang anda dapatkan
adalah bukan kawan yang baik.
Bercakap di belakang
Anda pasti akan tahu apabila
orang membicarakan anda di belakang. Mereka menggosipkan tentang kehidupan anda
dan mengejeknya di belakang. Orang-orang yang senang menggosipkan anda di
belakang bukanlah kawan yang baik.
Memanfaatkan
Ada pula jenis kawan yang
hanya mahu memanfaatkan anda untuk keuntungan peribadi. Apabila dia sudah
mendapatkan sesuatu yang diingini, dia akan meninggalkan anda. Untuk itu, jika
teman anda hanya menelefon anda ketika ingin diajak pergi ke tempat yang
menyeronokkan, bermakna dia hanya memanfaatkan anda.
Sumber: Allwomenstalk,
(6/6/2017)
0 comments:
Post a Comment