Saturday, November 18, 2017

Filled Under:

Kampung Misteri Wujud Waktu Senja, Siang Jadi Kubur



Terletak di pinggir sungai Piraya, sebatang sungai yang menghubungkan daerah Tapah lama, melalui persimpangan kampung maang juga tidak jauh dari Sekolah menengah Tun Abdul Razak kuching sehingga melintasi kampung Lintang sebuah perkampungan Melayu. Dahulunya sungai ini luas dan dalam, juga terkenal dengan kewujudan buaya besar namun tidak menghalang penduduk setempat mencari lokan dan Karikap dalam bahasa Sarawak, sejenis siput yang banyak berada dalam sungai Praya.
Kisah ini antara pengalaman Awang yang selalu ke sungai untuk memasang bubu atau jala dengan menggunakan perahu, setiap hujung minggu atau dimana ada masa terluang pasti digunakan untuk memancing disungai ini. Sehingga lah satu ketika, semasa berteduh dari hujan panas, Awang merapatkan perahunya di tebing sungai dibawah rimbunan dahan. Sambil menghulur umpan pancing, Awang terkejut apabila terpandang deretan rumah kayu lama bersusun tidak jauh dari tempat dia memancing.
Awang tertanya-tanya seorang diri kerana itu lah kali pertama dia tahu ada kampung di tebingan sungai praya!sejak kecil diwaktu kanak-kanak Awang juga selalu mengikuti ayahnya menyusuri sungai menahan bubu,Namun setelah usia hampir menjangkau 40an barulah dia tahu dan nampak depan mata sebuah penempatan asing disitu.
Setelah yakin dengan apa yang dilihat, Awang naik ke darat meninggalkan perahunya dan menuju ke arah kampung tersebut. Sekali lagi Awang hairan bila mendapati kawasan tersebut tidak hujan serta tanah kering dan juga udara serta cuaca di kampung tersebut seakan dingin dan redup. Melihat penduduk yang luar biasa, Awang cuba menegur seorang lelaki tua dengan memberi salam, Namun salam Awang tidak dijawab, Lelaki tersebut bertanya apakah tujuan Awang memasuki kampung nya. Setelah di ceritakan oleh Awang yang dia baru tau disitu ada kampung, lelaki tua tersebut memberitahu kampung tersebut telah berpuluh tahun ada disitu. Namun disitu tiada satu pun rumah ibadat yang kelihatan.
Awang menceritakan suasana kampung tidak jauh bezanya dengan kampung lain cuma di sini mereka kehidupan mereka nampak jauh lebih kuno. Tiada satu pun rumah batu beratap zink,tenaga elektrik dan sebagainya.Terdapat sebuah kedai runcit dan Awang lantas menuju ke situ. Apa yang ditemui di kedai runcit tersebut tidak sama dengan sekarang.
Di kedai Runcit tersebut, sekali lagi Awang terkejut melihat barangan jualan yang pelik-pelik.tiada rokok, air tin dan sebagainya, barang jualan didalam gerai tersebut cuma barang lama, salai ikan,salai rusa dan garam-garam yang di susun atas helaian daun.
Setelah puas melihat sekeliling,Awang meninggalkan perkampungan terbabit. Namun sebelum bertolak, Awang membuat tanda di tebing sungai berkenaan kerana ingin ke situ bersama kawan dan orang kampung jika ada sesiapa yang mengetahui kewujudan kampung terbabit.
Setelah tiba dirumah, Awang bercerita dengan keluarga tentang penemuan perkampungan tersebut, namun semua orang memberitahu itu cuma mainan mata Awang. Masing-masing memberitahu tiada kampung pun betul-betul berada di tebing sungai tersebut. Keesokan harinya Awang dan berberapa penduduk kampung menyusuri sungai menuju ke kawasan tanda semalam. Namun setibanya Awang dan rakan-rakannya, tiada satu pun kampung atau rumah lama kelihatan,yang ada cuma pokok besar serta deretan kubur lama.
Selepas kejadian tersebut, Awang tetap meneruskan aktivitinya dengan harapan akan menemui perkampungan tersebut semula.
Tetapi itu lah kali pertama dan kali terakhir Awang menemui kawasan perkampungan misteri yang cuma nampak waktu senja sahaja.






0 comments:

Post a Comment