Rimas dengan kehadiran si tikus di kediaman. Pelbagai langkah
sama ada dari segi pengunaan racun perangkap telah di lakukan. Bukan nya makin
berkurangan malah semakin banyak. Kalau nak guna racun pulak, bila si tikus
mati di tempat-tempat tersorok dah susah pula nak mencari bangkainya. Biasanya
satu rumah habis di pungah. Tapi ada 3 bahan alami ini mampu menyelesaikan
masalah anda. Ia tidak membunuh, tetapi mencegah kehadiran tikus ke kediaman
anda.
1.
Daun durian belanda
Letakkan daun
durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi
elok. Sebelum di letakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut.
Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi
ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang
baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.
Bukan sekadar
anda berjaya mencegah kehadiran tikus di kediaman, malah tungau, kutu beras dan
pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan
mula menjauhi kediaman anda.
2.
Buah mengkudu
Buah mengkudu
banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden.
Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh elak kehadiran tikus di
rumah kan?
Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak.
Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di
penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.
3.
Daun pudina
Seperti
mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain
menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang
digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.
Namun kaedah
penyediaanya sedikit rumit. Tubuk atau kisar daun pudina sehingga halus,
dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina
tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan
yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya
seminggu sekali.

0 comments:
Post a Comment