Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada
surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya
berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat).
Mari lah kita
amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di
bawah ini.
Bagi sesiapa
yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah. teruskan. Ayat ini adalah ayat pengasih
bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk
anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan
sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi
Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra
aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah
peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku!
Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku
melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah
membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39:
“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan
Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:
“Dan Aku telah
tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya
Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini
juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Jangan membaca
tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai,
kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39.
Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa
penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik
terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali
bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk
mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.
Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali
lepas solat sebanyak 3 kali.
0 comments:
Post a Comment