Disebabkan hormon, ada ramai perempuan yang ada bulu halus di
atas bibir yang ketara sampai nampak macam misai. Malu juga nak jumpa dan
berbual dengan orang kan. Automatik rasa keyakinan diri semakin berkurang. Tapi
apa cara nak hilangkan bulu halus ni eh?
Kami ada 7
cara mudah nak hilangkannya.
1.
Serbuk Kunyit
Ambil dua
camca teh serbuk kunyit dan dua camca teh susu segar. Campur kan keduanya
hingga jadi pes. Kemudian sapu di bahagian atas bibir. Bila dah kering, bilas
dengan air bersih. Tapi kena ingat tau kunyit kalau kat tangan pun melekat
apatah lagi atas bibir. Jadi, hati-hati okay.
2.
Tepung Kosong
Kali ni sama macam cara nombor 1. Cuma guna tepung biasa dan
susu. Bancuh dan sapu atas bibir tu. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung
yang telah kering di kawasan tersebut.
3.
Gula + Lemon
Cara ni bukan
sahaja boleh hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan
kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon
supaya air jadi likat.
Sapukan
campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya
dengan kain yang bersih.
Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain
tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu
dari akarnya).
4.
Putih Telur
Ambil je telur
kat dalam fridge tu campur putih telur dengan tepung jagung dan
gula. Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 30
minit sebelum anda mengupas dan menariknya.
5.
Skrub Madu & Aprikot
Cara ini boleh
menghakis sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit di damping buat muka
anda bersih dan halus. Campurkan buah aprikot kering bersama
madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15
minit.Buat gerakan membulat pada bahagian bulu dengan lembut. Dah
selesai bilas dengan air suam. Siap!
0 comments:
Post a Comment