Bagi penggemar cili jeruk, anda boleh cuba buat sendiri sebab
cara yang dikongsikan Puan Nurul Nadia Dan Azhar ini sangat mudah!
Ok, jom semak apa bahan yang diperlukan dan petua yang dia
gunakan.
Saya nak share
cara saya buat cili jeruk. Biasa kalau ada tempahan mee goreng atau mee kari,
saya akan sertakan cili jeruk ni sekali.
Alhamdulillah
setakat hari ni tak mengecewakan dan mendapat pujian. Cili jeruk yang biasa saya
buat, boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup.
Bahan-bahan:
Cili hijau
(ambil yang segar/keras)
Gula
Garam
Cuka
Masukkan 2 sudu gula dan 2 camca kecik garam. Dalam kes saya ni, saya bubuh 5/6 cili, bubuh gula dan garam, kemudian bubuh lagi balance cili (sebenarnya sebab tak nak bagi gula dan garam tumpah).
Gula
Garam
Cuka
Masukkan 2 sudu gula dan 2 camca kecik garam. Dalam kes saya ni, saya bubuh 5/6 cili, bubuh gula dan garam, kemudian bubuh lagi balance cili (sebenarnya sebab tak nak bagi gula dan garam tumpah).
Cara
Buat:
1. Pastikan
cili hijau kering ye. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama, lap
pakai tisu. Apa yang penting kering.
2. Bila dah
kering, potong ikut suke ya. Nak cantik, pakai pisau yang betul-betul tajam.
Lepas dah siap potong, jampi-jampi sikit. Eh, tampi bagi biji-biji dia keluar.
3. Masukkan
dalam botol kaca ye, kalau botol lain saya tak jamin fresh.
4. Masukkan cuka sehinga 2/3 botol. Takyah bubuh penuh cukanya,
nanti susah nak ceduk. Membazir pun ada.
5. Dah
siap,tutupkan botol kaca tu, tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam
gula cuka.
6. Tada!!! dah
siap,esok dah boleh makan. InsyaAllah tahan lama dan rangup.
7. Kejadiannya
setelah hampir 24jam. Dah boleh makan!
Tips: botol
& cili tu kena betul-betul kering, kalau tak cili jeruk anda akan
diselaputi lapisan putih (kulat).
0 comments:
Post a Comment