Kisah ni terjadi pada tahun lepas ( 2016 ) tapi masih segar dalam ingatan untuk kita jadikan satu pengajaran...
Memelihara binatang kesayangan
merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi bila korang
memelihara kucing. Kucing adalah teman yang setia dan korang tidak akan merasa
sunyi melayan karenahnya.
Amat
menyedihkan apabila tiga ekor kucing ini mati didakwa akibat diracun jiran,
satu persatu kucing tersebut mati selepas tidak mampu lagi menahan bisa racun
tersebut. Kami cukup tidak faham bagaimana segelintir manusia yang sanggup
mendera malah ada yang membunuh dengan meracun binatang yang tidak berdosa ini.
Agaknya dah hilang akal!
3 ekor kucing mati selepas memakan ikan bilis yang
telah ditaburkan serbuk warna biru (racun)
Semalam,
peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran kami sendiri telah
memberi racun untuk membunuh kucing2 kami. Bukan seekor tapi 3 ekor! Caranya
mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk warna biru (racun)
di dalam plastik, kemudian dibiarkan terdedah di luar pagar rumah.
Cuba
bagi minum air kelapa, namun tak lama lepas tu mulutnya berbuih
Pada
awalnya kami cuma tersedar seekor saja yang tiba2 berbuih mulut. Kami syak
mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa. Tak lama lepas tu,
seekor lagi berbuih mulut nya. Ok, kami yakin ini memang diracun! Terus pergi
rumah jiran tersebut, sah memang ada ‘umpan’. Masa yang sama jugak seekor lagi
kucing kami tengah elok makan umpan tu. Kami bawak kucing tu balik, dan bagi
nya minum air kelapa. Namun tak lama lepas tu mulutnya pula berbuih.
Seekor
demi seekor mengerang kesakitan & mati di depan kami
Ya
Allah, betapa pilunya hati kami melihat seekor demi seekor mengerang kesakitan
dan mati didepan mata kami sekeluarga. Kami cuma mampu memberi air kelapa, air
arang, air tanah dan air garam sebagai penawar. Kucing2 kami cuma mampu
bertahan sekejap sahaja, kerana racun tersebut terlalu kuat. Kucing2 kami tak
mampu untuk bersuara, hanya gelisah meronta menahan sakit. Namun dari pandangan
matanya kami tahu mereka meminta tolong. Beratnya derita yang dilalui. Kalaulah
penderitaan itu dapat kami tanggung Ya Allah…
Seekor
kucing baru saja melahirkan anak & seekor lagi sedang bunting
Lebih
menyedihkan bila mengenangkan kucing kami yang baru saja melahirkan anaknya
minggu lepas, dan seekor lagi sedang bunting dan menunggu masa untuk beranak.
Semuanya pergi sekelip mata. Kau memang kejam jiran! Tahukah anda hukuman
diakhirat kelak? Sekiranya anda tidak tahu, perlu kah anda berniat jahat
terhadap haiwan?
Moga
kamu dapat balasan setimpal!
Memang
aku benci kau jiran! Macam mana kucing2 aku terseksa, moga kamu rasa balasan
yang setimpal. Allah maha adil.
Pada
penduduk TAMAN BATU GAJAH PERDANA, PUSING, PERAK sila berjaga jaga dengan
manusia seperti ini. Mereka tidak berperikemanusiaan kerana mereka lebih teruk
dari binatang!
sumber: Farah
Fasci
0 comments:
Post a Comment