Kucing merupakan salah satu
haiwan yang sangat comel dan manja dengan manusia. Bagi pencinta kucing, kucing
tu merupakan kawan baik, cinta hati, intan payung dan peneman mereka setiap
hari. Kiranya kalau dapat bermanja pun dah cukup untuk hilangkan stress kerja
dan sebagainya.
Kali
ni kami nak kongsi kisah sedih seorang tuan bersama kucingnya yang mati akibat
daripada kekejaman manusia. Korang baca la sendiri.. Kami baca pun naik sebak
kami dibuatnya..
‘Aku tak boleh terima..’
Semalam
pukul 2 pagi ada dengar bunyi anjing kuat gila. Terus cari ebi. Turun bawah,
bukak gate, slow2 g tengok mmg ada benda terbaring atas tanah. Mintak2 bukan
ebi, pejam mata slow2 jalan kearah benda tu. Dalam hati aku, tolong bukan ebi,
tolong bukan ebi. Tapi aku silap, memang ebi. Aku hampir rebah. Kucing yg aku
belai hari2 cium hari2 skrg depan mata aku berlumuran darah, badan dikoyak2,
kepala aku xboleh fokus. Aku xboleh terima.
‘Takde dah kucing yang wajib kejut subuh..’
Aku
sayang ebi lebih dari sekadar seekor kucing. Yang tau kisah kucing aku dgn aku
saja yg akan faham. 7-8 ekor anjing dewasa serang dia, ebi belum cukup 1 tahun,
dia manja terlampau walaupun dia nakal. Takde dah kucing yg wajib kejut subuh,
yg mmg akan datang cium pipi sebagai terima kasih selepas makan walaupun lepas
tu nak keluar rumah. I cant get over it. Aku masih xfaham dlm byk2 kucing liar,
kenapa ebi yang kena benda ni. Patutlah 2-3 hari ni melampau manja dia.
Dia kucing kampung yang tak comel tapi…
Perangai
dia one of a kind. Kucing yang bukan sekadar kau syg dia sbb dia comel. Dia
kucing kampung yg xcomel mcm kucing org, ekor dia pun cacat, kucing yg ada
perasaan rindu bila kena boarding 3 hari dkt klinik, kucing yang tahu merajuk
kalau lebihkan yg lain, kucing yang mintak teman makan kalau tak memang dia
takkan makan, yang pandai berterima kasih, yg pandai memujuk atau memanggil
kalau dia dapat tangkap sesuatu, yang tahu kalau aku nak g kerja dia akan
baring atas katil mengiau mintak belai, yang tunggu depan pintu everytime
kereta aku masuk parking.
‘Dia bestfriend, dia family..’
Dia
comel dalam kekurangan dia tu. Allah, imagine lah kucing yg teman hari hari
hidup bujang, yg kongsi almost everything walaupun aku tau dia xfaham. Tapi
skrg aku rasa dia faham. Sbb dia dah ada dalam hati aku. Yes, ebi tu kucing je
tapi dia bukan sekadar kucing. Dia bestfriend, dia family. Hati aku hancur.
Sumber: Instagram tkdnxv
0 comments:
Post a Comment