Manusia dituntut untuk berbuat
baik kepada haiwan kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah. Tidak dinafikan,
ramai pencinta haiwan disekeliling kita. Lihat saja bila ada isu penyeksaan
haiwan diutarakan di laman-laman sosial, ramai yang berkomentar dengan marah
serta mengkritik perbuatan tersebut.
Namun,
marah-marah dan mengkritik sahaja tidak cukup untuk membuktikan kasih sayang
kepada haiwan. Haiwan seperti kucing dan anjing jalanan (stray cat and dogs), jika tidak dikawal
pembiakannya akan menyebabkan bilangan mereka bertambah banyak. Meskipun kita
tahu ada cara untuk mengawal pembiakan mereka iaitu melalui pemandulan (spay), ramai yang memilih untuk menutup mata apabila soal ini
dibangkitkan.
Kesal dengan
perkara tersebut, lelaki bernama Azrol Adizar ini menceritakan
pengalamannya berkunjung ke sebuah pusat perlindungan haiwan jalanan semasa
membantu seorang wanita tua mencari anjing peliharaannya. Di situ dia melihat
situasi yang sangat menyayat hati. Sebak kami baca cerita ini,
pencinta-pencinta haiwan sekalian sila ambil perhatian!
Macam Neraka Haiwan!
Hari ni
pet taxi aku bawak aunty ni ke sebuah pound (pusat perlindungan haiwan)…
Kisahnya, aunty ni kehilangan stray puppy yang selalu dia bagi makan kat
belakang rumah dia… Puppy ni baik katanya… Tapi ahad mlm yg lepas, jiran aunty
ni bagitau puppy tu menyalak garang sebelum suara dia lenyap terus… So aunty tu
syak maybe ditangkap oleh pihak berwajib… So hari ni bawak dia untuk tengok
kalau-kalau puppy tu masih ada…
Tapi
sayangnya… Puppy tu takde kat situ… Start tu dia menangis mendayu-dayu
mengenangkan kat mana la puppy tu berada.. Dengan aku-aku sekali sedih… Banyak
kali tawaf pound tu nak memastikan dia tak terlepas pandang… Tambah menyayat
hati melihatkan mama dog yg baru lepas melahirkan tapi anak-anaknya mati kering
kat situ… This place really like a hell for animals…
Lagi satu, tengoklah sangkar-sangkar
yang ada kucing tu… Kalau 100 kali orang macam Muhamad Razeef Che Shamah dgn kak Norhayati Dahalin datang untuk bebaskan mereka
pun, perkara tu takkan habis selagi ada mereka-mereka yang masih degil
menentang pemandulan haiwan, pembuang kucing/anjing tegar, memilih baka-baka
mahal je untuk diadopt dan mereka2 yg suka komplen atas kewujudan
haiwan-haiwan gelandangan ni… Memang takkan selesai benda ni…
Baka
Biasa Dipandang Sepi!
So tak
payah rasa diri tu suci murni sangatlah yer kalau dengan makhluk Allah ni pun
korang tak boleh nak bantu… Suruh mandulkan pun macam-macam alasan bangang
diberi…. Dah banyak dibuang-buang pulak… Pastu yang bestnya kalau dok pilih
baka mahal-mahal… Yang baka biasa dipandang sepi… Padahal tu yang lebih
memerlukan… Dah tu bila nampak pic kekejaman haiwan, dia la paling dulu memaki
hamunnn… Fakers and f**kers, you are the same… Ni la result nasib-nasib mereka…
Tak lama lagi tunggu masa dibunuh je… Puashati kan????
Aku
hantar aunty yang kecewa tu pulang… Dia cuma memujuk hati bahawa ada org yg
amik puppy tu untuk dibela… Tapi bila aku nampak kawasan tu ramai orang
Myanmar, aku tau la apa nasib puppy tu…
Hmm,
ada betulnya juga kata-kata lelaki ini. Ramai orang sanggup habiskan beratus,
beribu ringgit untuk beli haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing daripada
baka yang mahal, sedangkan haiwan-haiwan gelandangan ini lebih memerlukan
perhatian dan pertolongan kita semua. Buat kita yang mengaku diri kita sebagai
pencinta haiwan, renung-renungkanlah semula. Adakah perkataan ‘sayang’ sekadar
di mulut sahaja?
Sumber: Azrol Adizar
0 comments:
Post a Comment