Alahai.. Comelnya lah kucing ni
kan? Maka, tak hairanlah kalau ramai yang ‘bersahabat’ dengan kucing. Dahla
manja dan kebanyakannya memang setia dengan tuannya.
Tapi,
apakah ganjaran yang korang berikan kepada kucing korang? Berapa kali korang
dah bawa kucing kesayangan korang berjumpa pakar veterinar?
40% tuan kucing tidak pernah bawa kucing mereka ke
veterinar. Kenapa?
Pelik
juga kami apabila mengetahui fakta bahawa 2 daripada 5 individu yang membela
kucing tidak membawa kucing mereka ke pusat veterinar tahun ini untuk
pemeriksaan kesihatan menyeluruh. Ini antara sebab utama:
Terlalu risau berkenaan kos rawatan di pusat veterinar.
Menganggap kucing mereka tidak ada masalah kesihatan.
Menganggap Kucing boleh jaga diri sendiri.
Menurut Pengurus Perhubugan Korporat dan Komunikasi Saintifik
Royal Canin Malaysia, Dr Calvin Cheah, kucing mempunyai kelebihan untuk
menyembunyikan kesakitan, oleh itu kebanyakan pemilik kucing tidak tahu kondisi
kesihatan sebenar kucing mereka. Seringkali pemilik hanya tersedar bahawa
kucing mereka tidak sihat apabila penyakitnya sudah melarat. Kesian kan?
Jadi, pemeriksaan rutin harus dilakukan terhadap kucing korang
untuk memastikan kesihatannya sentiasa dalam keadaan yang baik dengan
mendapatkan vaksin dan penghalang parasit. Bagaimanapun, pakar veterinar
juga menasihatkan agar pemilik kucing lebih prihatin terhadap sebarang
perubahan berlaku kepada kucing kesayangan. Contohnya seperti kurang selera
makan, kurang pengambilan air, masalah pernafasan dan sebagainya.
So,
jom join kempen MyCat2Vet!
Untuk
pengetahuan korang, Royal Canin telah melancarkan kempen MyCat2Vet untuk
memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan membuat pemeriksaan
kesihatan kucing di pakar veterinar.
Oleh itu, Royal Canin juga menyenaraikan 200 klinik veterinar
seluruh negara di mana pemilik boleh membawa kucing mereka untuk pemeriksaan
kesihatan yang lebih terperinci sebelum terlewat.
Menarikkan? Jadi, korang boleh klik di www.mycat2vet.my untuk maklumat
lanjut. Sayangilah kucing korang ya!
0 comments:
Post a Comment