Sunday, October 1, 2017

Filled Under:

Seorang ibu menceritakan kisah bagaimana anaknya masih hidup sehingga hari ini





Menjadi seorang ibu adalah salah satu perkara yang paling sukar di dunia ini.
Dengan begitu banyak perkara yang perlu dilakukan dalam masa yang singkat, kadang-kadang, anda perlu mengambil jalan yang mudah. Melakukan kerja seperti menyediakan hidangan makan malam, mengemas rumah, dan menjaga anak-anak, atau dengan jalan mudahnya dengan mengambil pembantu rumah, … tetapi apabila ia berkaitan dengan keselamatan kereta, tiada jalan yang mudah untuknya.
Jenna Casado Rabberman selalu memastikan setiap anak-anaknya apabila berada di dalam keretanya tidak akan terlepas dari kerusi kereta mereka. Kedua-dua anaknya – seorang yang berusia enam minggu dan yang seorang lagi hampir mencecah tiga tahun – masih hidup sehingga hari ini disebabkan komitmennya ini.


Pada hari Selasa, Jenna mengongsikan gambar keretanya yang hancur dan mengerikan. Di sebelah keretanya yang remuk itu terlihat dua kerusi kereta yang langsung tidak terjejas. Dalam masa beberapa hari, gambar ini telah dikongsi lebih dari 275,000 kali bersama dengan nasihat yang sangat berguna di bawah ini:


“Saya bukanlah seorang yang selalu berkongsi sesuatu di Facebook, tetapi ini adalah sebabnya kenapa anda perlu untuk meletakkan mereka ke dalam tempat duduk mereka dengan betul ketika menaiki kereta. Walaupun tidak sukakannya dan mereka menjerit kerana talinya yang tidak selesa.”
“Semasa kami berhenti untuk membeli susu semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah yang tidak jauh dari rumah kami, sebuah kereta telah melanggar kami. Anda pasti tidak akan boleh menyangka perkara seperti ini akan terjadi kepada anda.”
“Anak-anak lelaki saya terselamat tanpa apa-apa kecederaan, tetapi paramedik memberitahu saya ia mungkin berbeza sekiranya saya tidak mengambil masa saya selama 2 minit untuk memastikan mereka duduk di kerusi kereta mereka dengan betul.”
“Saya akan baik-baik saja, anak-anak saya juga selamat, semuanya boleh diganti. Mengucapkan syukur kepada Tuhan untuk menjaga keselamatan kita (bersama dengan Honda, Graco & Chicco).”
Sekiranya anda tertanya-tanya siapa Honda, Graco, & Chicco, mereka adalah kereta beliau (Honda CRV 2015) dan dua kerusi kereta yang menyelamatkan nyawa anak-anaknya (Graco’s Products Children 4ever dan Chicco Keyfit 30).




Disebabkan Jenna hanya mengambil sedikit masa untuk memastikan anak-anaknya berada di atas kerusi kereta mereka dengan betul-betul selamat, kini anaknya masih hidup.
Era Baru





0 comments:

Post a Comment