Seorang
lelaki seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sewaktu sedang
memandu di jalan raya yang sibuk pada hari Sabtu. Bukan bangkai haiwan yang
ditemui oleh Roger Prater dan rakan gerejanya tetapi seorang bayi yang
ditinggalkan di tepi jalan raya!
Sekitar jam empat petang, Roger telah menemui bayi berusia satu
bulan berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan Oklahoma. Suhu pada waktu itu
sangat tinggi mencecah 30 darjah Celcius membuatkan Roger dan rakan-rakannya
mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaan dan membantu bayi malang ini.
Kredit: NEWS BEAT
“Saya tidak menjangkakan ini pada awalnya. Dengan nada berbisik,
saya memberitahu isteri saya bahawa saya fikir saya telah menemui seorang bayi
dan isteri saya sangat terkejut”.
Roger, 46 tahun kemudian keluar dari kenderaan bagi mengesahkan
apa yang dilihatnya.
Menurut Roger, “Bayi tersebut tidak langsung bergerak. Matanya
tertutup rapat. Sebaik sahaja saya meletakkan tangan pada pemegang kerusi bayi
tersebut, matanya mula terbuka”.
Walaupun sudah terdedah kepada panas terik matahari dengan bunyi
yang bising dari kesesakan jalan raya, bayi ini kelihatan baik dan tidak
mengalami sebarang kecederaan.
Kemudian
salah seorang daripada kumpulan gereja tersebut menemui sijil kelahiran, kad
keselamatan sosial dan wang tunai bernilai lebih RM23,000 bersama-sama bayi
berkenaan.
Walaupun masih terkejut dengan peristiwa ini, mereka segera
menghubungi talian kecemasan sambil membawa bayi tersebut memasuki
kenderaan mereka.
Bantuan kecemasan diberikan
setelah bayi tersebut tiba di hospital dan pegawai kecemasan menganggarkan bayi
malang ini telah ditinggalkan di jalan raya tersebut dalam tempoh lebih kurang
30 minit sebelum ditemui Roger.
Pihak
berkuasa tempatan kemudian berjaya menjejaki ibu kandung kepada bayi berkenaan
dan dia bakal dihadapkan atas tuduhan mengabaikan bayi.
Menurut Sarjan Gary Knight dari Jabatan Polis Oklahoma, “Si ibu
telah dibawa ke hospital untuk penilaian. Kesnya masih berada di bawah siasatan
pihak polis”.
Sementara itu, kisah bayi ini mendapat tumpuan daripada ramai
pihak yang berminat untuk menjadikannya sebagai anak angkat.
Sumber: NTD Inspired
0 comments:
Post a Comment