KUCING sememangnya menjadi haiwan
peliharaan kegemaran manusia, termasuklah Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Oleh itu, bagi
mereka yang memelihara haiwan comel ini, pasti anda akan tahu bagaimana
sakitnya rasa kehilangan jika si manja itu mati.
Semalam,
pelantun lagu Ku Bahagia, Melly Goeslaw telah berkongsi
rasa sedihnya selepas kehilangan mamalia kesayangannya itu yang diberi nama
Jessica.
Lebih tragik,
kucing malang tersebut dikatakan telah mati akibat dilanggar lari oleh sebuah
kenderaan di hadapan rumahnya sendiri.
“Sebelum azan Asar tadi kucing saya telah dilanggar kereta dan
individu itu terus cabut lari. Tolong lah siapa pun yang langgar kucing saya,
sepatutnya anda berhenti dan tanam kucing saya.
“Mudah-mudahan Allah mengampunkan perbuatan anda kerana tidak
sengaja melanggar kucing saya,” tulis Melly pada rungan kapsyen gambar kucingnya yang
memaparkan ia sedang berlumuran darah itu.
Pada tahun
lepas, seekor lagi kucing miliknya yang diberi nama Kartini telah didapati
menghidap penyakit paru-paru berair.
Kucing
itu telah dimasukkan ke sebuah wad selepas lima hari menjalani pemeriksaan
kerana mengalami masalah untuk bernafas.
Jadi, selepas
ini jika anda berhadapan dengan situasi terlanggar kucing atau haiwan lain,
sebaiknya mayat haiwan itu dikuburkan. Bukan apa, takut nanti ia terseksa dan mayatnya
mereput dimakan tanah.
Kasihan si
manja, mayat tidak diuruskan dengan sempurna. Mungkin jika kita berbuat baik
kepadanya, ia akan mendoakan kita di sana nanti. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa
Hafizah
0 comments:
Post a Comment