“Anda pasti tidak percaya dengan
apa yang anda akan baca.”
Seekor kucing yang bunting
dipercayai dirogol selepas kemaluannya berdarah. Kejadian tersebut berlaku di
Riau, Indonesia seperti yang dilaporkan Mynewshub.
Menurut Drs Syafril, pemilik
kucing itu, beliau berada di sekolah ketika menerima panggilan daripada anaknya
untuk memaklumkan tentang insiden tersebut.
Syafril yang bekerja sebagai
seorang guru di SMP Negeri Tembilahan sangat terkejut mendengar berita tentang
kucingnya yang dinamakan Putih itu, dilihat tercedera di bahagian kemaluan dan
dalam keadaan yang sangat lemah.
Putih kelihatan tidak bermaya dan
kemaluannya itu mengalami pendarahan yang sangat teruk! Menurut Syafril,
selepas melihat keadaan kucingnya seperti itu, beliau segera membawa Putih ke
klinik haiwan di Desa Tembilahan untuk mendapatkan rawatan.
Selepas pemeriksaan dijalankan
oleh doktor, Syafril dimaklumkan bahawa Putih berkemungkinan besar dirogol oleh
seseorang. Apa masalah lelaki tu!
Doktor juga memberitahu bahawa
terdapat objek tumpul dimasukkan ke dalam kemaluan kucing berkenaan yang menyebabkan
pendarahan dalaman yang sangat teruk. Lebih menyedihkan lagi apabila doktor
terpaksa menggugurkan kandungan Putih bagi menghentikan pendarahan itu. Ala,
kesiannya dia.
Berdasarkan maklumat yang
diterimanya daripada kanak-kanak di kawasan kejiranan, seorang lelaki tidak
dikenali dilihat mencium dan memegang Putih sebelum membawa kucing malang itu
ke lorong belakang rumah.
Lelaki berkenaan dipercayai
melakukan perbuatan tersebut ketika di bawah pengaruh alkohol. Sampai macam tu
sekali keeee?!
Walau bagaimanapun, Putih
dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan semakin sembuh. Alhamdulillah….
Sumber : Lobakmerah
0 comments:
Post a Comment