Rentetan pendedahan Zahirah
Macwilson, Kamal Adli telah tampil memberikan kenyataan mengenai tindakan
pelakon wanita tersebut yang dianggap hanya membangkitkan semula masalah yang
telah pun diselesaikan.
Ketika
dihubungi Mstar sebentar
tadi, Kamal memberitahu portal tersebut dia kini tertekan dan tidak mahu lagi
memanjangkan isu perhubungannya dengan Emma Maembong yang dilaporkan putus
baru-baru ini selepas tiga tahun berkenalan. Menurutnya, perkara itu telah pun
diselesaikan secara baik antara dirinya, Emma, Zahirah dan teman lelakinya, Zul
Ariffin.
“Saya sudah penat gila, malas nak komen”
Entahlah saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan
layan perkara ini kerana ia akan jadi lebih buruk.
Isu
ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu.
Saya
tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah
penat biar orang ramai menilainya sendiri.
Saya
tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja.
“Artis,
tapi gado macam budak sekolah”
Dalam pada itu, di ruangan
media sosial, kelihatan seperti netizen mengecam sikap pelakon-pelakon tersebut
yang dikatakan bersifat kebudak-budakan daripada menyelesaikannya secara
matang.
Sumber: Mstar, Kamal Adli
0 comments:
Post a Comment