Wednesday, October 25, 2017

Filled Under:

Pekerja TNB Temui 4 Tengkorak Misteri Dalam Tempayan





Empat tengkorak dan tulang manusia dalam empat tempayan ditemui oleh pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di kawasan bukit berdekatan Kampung Baru Nala, Tronoh, Batu Gajah, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar, pihaknya bergegas ke lokasi penemuan tersebut selepas menerima panggilan dari kontraktor TNB yang memaklumkan mengenai penemuan empat tempayan tersebut.

Jelas beliau, siasatan yang dijalankan di tempat kejadian mendapati empat tempayan tersebut berada diantara tiang elektrik di atas puncak bukit dikelilingi ladang sawit serta lombong lama yang sudah tidak beroperasi kira-kira 17 tahun serta kubur Cina yang terdapat kira-kira 10 kilometer dari tempat penemuan itu.




Tambahnya lagi, pemeriksaan mendapati tulang yang berada di dalam tempayan berkenaan bercampur-campur dan terdapat empat tengkorak serta beberapa tulang bertaburan di atas tanah.

"Semua tulang yang berada di dalam empat tempayan itu akan dirujuk kepada pakar patologi esok bagi mengenal pasti usia tulang itu serta mengenalpasti dari semua aspek sama ada terdapat unsur-unsur jenayah ataupun tidak.

"Temubual dengan orang kampung berdekatan menyatakan tidak pernah mengetahui atau mendengar aktiviti membabitkan pemujaan serta tidak pernah mengetahui apa-apa kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan itu kerana kawasan kejadian berada jauh dari kawasan perkampungan.


"Penduduk kampung kaum Cina di kawasan itu ada memberitahu kemungkinan terdapat aktiviti pemindahan tulang-tulang nenek moyang atau saudara yang sudah lama meninggal dan ditempatkan di tempat yang mempunyai fengshui yang baik,
" katanya.

Mohd Nasri berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai aspek bagi mengenal pasti samada kejadian itu bermotifkan jenayah atau sebaliknya.

Sumber-  Harian Metro




0 comments:

Post a Comment