Sebelum ini ada desas desus
mengatakan hubungan percintaan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong sedang
retak disebabkan kehadiran orang ketiga. Kamal Adli ada mengeluarkan kenyataan
meminta rakan rapat Emma supaya tidak menjadi batu api dalam hubungan mereka.
Terbaru,
Emma Maeombong pula buka mulut dan memberitahu hubungan mereka sudah berakhir.
‘Saya tidak boleh bersama dengan penipu’
Menerusi Berita Harian Online,
Emma Maeombong mengesahkan hubungan cinta dengan Kamal Adli sudah berakhir.
Tidak menolak dakwaan Zahirah Macwilson menjadi orang ketiga dalam hubungan
ini, Emma berkata dia tidak mahu bersama dengan penipu.
Saya
sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus.
Rasanya
cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana
tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya
cemburu buta.
Sebagai
pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya,
‘chemistry’ (keserasian) yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera
dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.
Kenapa
perlu sorok?
Emma juga mengakui sangat
kecewa kerana hubungan cintanya yang dibina sejak 3 tahun lalu musnah apabila
kepercayaan dikhianati.
Kalau
betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti
menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan
kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain.
Tambah
Emma lagi, dia tidak menuduh tanpa bukti, sebaliknya Kamal dan Zahirah
membuatkan masalah menjadi lebih rumit apabila mereka menuding jari kepada pihak
lain.
Tiada
sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan
yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan.
Kami
berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu
ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan
Zahirah mengakui kesilapan mereka.
Hmm
sabarlah Emma. Mungkin ada lagi jodoh yang lebih baik buat Emma.
sumber
: Berita Harian Online
0 comments:
Post a Comment