Sunday, October 8, 2017

Filled Under:

" SAYA MERAYU SELAMI SERTA DALAMI HATI DAN PERASAAN SAYA "Tertekan dengan kecaman yang hebat dari netizen dan jiran Nazree mohon hentikan dan pulangkan kucing



Pada rabu yang lepas dunia pencinta kucing telah digemparkan dengan serbuan dan rampasan kucing terhadap Encik Nazree yang di dakwa mendera kucingnya. Semenjak dari hari itu Nazree tidak putus asa membuat " live video " memohon untuk memulangkan kembali kucing beliau yang telah di anggap sebagai anak dan peneman hidup semenjak ibunya meninggal dunia april lepas.

Nazree mengganggap ini semua tidak adil baginya kerana rampasan itu di anggap meragut kebahagiaan beliau dan itu sahaja kenangan dan peninggalan ibu beliau. " adakah adil untuk saya bila kucing yang saya jaga selama ni di ambil begitu sahaja tanpa khabar berita dan saya dengar ada dua ekor yang mati dalam jagaan mereka dan kenapa saya tidak di beritahu " Nazree juga memohon kembalikan bangkai kucingnya untuk beliau kuburkan

Lebih membuat Nazree tertekan apabila natizen dan jiran jiran mula mengecam hebat menghukum tanpa usul periksa mengatakan Nazree ini pendera dan pembunuh kucing. Kenapa jalan penyelesaian di ambil begini rupa.

Beliau yang kami temui sebak dan masih berharap kucing-kucingnya akan dikembalikan dengan segera.

Sumber FB Mohd Nazree Noordin




1 comments: