Sunday, October 8, 2017

Filled Under:

Imam Mekah Meninggal Dunia Ketika Beri Ceramah





JEDDAH - Seorang imam di Mekah dilaporkan meninggal dunia semasa memberi ceramah kepada para jemaah selepas beliau mengimamkan solat fardu Asar di Masjid Abdul Qadir di Awali.

Menurut laporan Utusan Online yang dipetik dari portal Arab News, imam yang dikenali sebagai Khalid Al-Qurashi itu meninggal syahid di masjid tersebut dan rakaman video insiden berikut kini tular menerusi laman internet.

Rakaman video yang berdurasi 1 minit 40 saat itu memaparkan imam khalid yang juga merupakan anggota fakulti Universiti Umm Al Qura di Makkah sedang berlutut sambil menghadap jemaah masjid selepas mereka menunaikan solat Asar secara berjemaah.



Sekumpulan makmum masjid berkenaan dilihat bergegas meluru ke arah Khalid dan segera mengangkat tubuh imam tersebut setelah mereka melihat allahyarham tiba-tiba rebah di atas sejadah.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan tidak menyatakan punca sebenar kematian allahyarham.

Penduduk setempat yang  mengenali Khalid secara peribadi memberitahu pihak media Saudi bahawa imam berkenaan merupakan seorang baik hati dan suka memberikan senyuman.

Sumber- Utusan Online




0 comments:

Post a Comment