SYARIKAT Imadi Pet Global Sdn Bhd akan menyaman pasangan suami
isteri yang juga pelanggannya sebanyak RM2.5 juta di Mahkamah Tinggi Sivil Shah
Alam, Selangor, kerana mendakwa video klip ditularkan pasangan berkenaan di
media sosial, awal Ogos lalu, menyebabkan kesulitan, kerugian serta menjejaskan
perniagaan mereka.
Pengasasnya Ismail Mohd Ali berkata, pihaknya terpaksa berdepan
pelbagai kesulitan akibat video yang tular itu, termasuk diheret ke Tribunal
Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana kes difail pasangan berkenaan.
“Bagaimanapun, pada 19 September lalu TTPM memutuskan tuntutan
pasangan berkenaan berjumlah RM20,000 ditolak. Keputusan TTPM membuktikan
tuntutan pasangan itu terhadap kematian kucing yang dibeli daripada kami, tidak
berasas.
“Berikutan itu, kami mengambil keputusan akan memfailkan saman
RM2.5 juta di Mahkamah Sivil Shah Alam," katanya pada sidang media sempena
Mesyuarat Agung Pertama dan Rumah Terbuka Persatuan Pencinta Kucing Imadi Pet
Malaysia (PPKIM) di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor, hari ini.
Hadir sama, Presiden PPKIM, Puan Seri Suhaila Abdullah.
Ismail berkata, sebagai pembiak dan penjual kucing, Imadi telus
dengan syarat dan peraturan setiap urusan jual belinya.
Menurutnya, mengikut syarat
International Breeders, apabila kucing dibeli pelanggan, pihaknya hanya akan
bertanggungjawab dalam tempoh 72 jam.
0 comments:
Post a Comment