Seorang wartawan di Tokyo
meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada Julai 2013 selepas dipercayai
bekerja lebih masa di mana dia mengambil 'overtime' 159 jam 37 minit dalam masa
sebulan dan hanya berehat selama dua hari.
Satu siasatan rasmi memutuskan Miwa Sado yang merupakan wartawan politik ini mengalami kegagalan jantung berpunca dari kerja yang berlebihan.

Namun, syarikat penyiaran
kebangsaan Jepun, NSK baru mendedahkan punca kematian Miwa kelmarin selepas
mendapat tekanan dari keluarga wartawan itu.
Kes itu menunjukkan masalah serius kematian akibat bekerja terlalu lama atau dikenali sebagai 'karoshi' di Jepun.

Pada ketika itu, Miwa
berusia 31 tahun dan ditugaskan untuk membuat liputan pilihan raya perbandaran
Tokyo pada Jun 2013 dan satu lagi pilihan raya Parlimen pada bulan berikutnya.
Bagaimanapun, tiga hari selepas pilihan raya Parlimen itu berakhir, wartawan ini meninggal dunia lantaran kegagalan jantung.
Pendedahan mengenai kematian Miwa membuatkan penduduk Jepun terkejut kerana sebelumnya NHK aktif melaporkan kematian berkaitan 'karoshi' di syarikat lain.
Pada setiap tahun di Jepun, kerja lebih masa terlalu lama dipercayai punca berpuluh-puluh kematian akibat strok, serangan jantung dan bunuh diri.
Sumber- businessinsider

0 comments:
Post a Comment