Monday, October 2, 2017

Filled Under:

Neelofa Bergaya Sakan Di Majlis Makan Malam Swarovski



Nama Neelofa dan jenama barang kemas antarabangsa, Swarovski memang tidak asing lagi. Semalam syarikat berkenaan telah meraikan majlis pelancarannya sempena kempen percutian tahunan. Majlis yang dihadiri hanya 100 orang berpengaruh dan kenamaan itu turut melibatkan Neelofa sebagai selebriti mewakili Malaysia.

Majlis makan malam itu telah diadakan di sebuah villa mewah di Milan, kalau dilihat kepada Instagram pengacara itu pun memang banyak gambar-gambar selfie beliau bersama bintang terkenal di sana. Malah fesyen Neelofa yang tampil dengan kelainan mengenakan tudung ala-ala turban serta gaun merah yang penuh glamor turut menjadi perhatian.
Antara nama besar yang turut hadir memeriahkan majlis makan malam tersebut adalah duta besar mereka Karlie Kloss dan beberapa artis lain iaitu Alessandra Ambrosio, Martha Hunt, Shanina Shaik dan penyerang Brazil Giovanna Ewbank. Dalam masa yang sama kelihatan juga rakan-rakan Neelofa yang menemaninya ke acara terbabit.
Tumpang bangga sekali melihat kejayaan Neelofa sepanjang bergelar anak seni. Bukan sahaja menjadi usahawan wanita berjaya malah turut membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa! Dengan ini kami kongsikan sedikit beberapa gambar menarik Neelofa di sekitar kemeriahan majlis makan malam Swarovski semalam. (rtky/w)








0 comments:

Post a Comment