Gara-gara berkongsikan gambar yang memperlihatkan bentuk
badannya, akaun Instagram Kilafairy nampaknya
kini dihujani komen-komen lelaki gersang selain ada juga yang menegur agar
pelakon ini lebih bersopan santun dalam memilih pakaian. Namun Kilafairy
sendiri tidak cepat melatah mengenai perkara berkenaan.
“Mulut orang tak boleh nak tutup. Jadi, biarlah mereka nak cakap
apa. Percakapan mereka itu melambangkan IQ mereka. Lagipun, mereka yang juga
tolong lihat karya-karya saya. Kami memerlukan satu sama lain,” katanya kepada mStar
Online.
Sebelum ini, Wak Doyok juga pernah meninggalkan komen berbaur
lucah sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi terhadap selebriti tersebut.
Bagaimanapun bukanlah semua komen yang ditinggalkan adalah
berunsur lucah kerana ada juga wanita yang turut mengidamkan bentuk badan
seperti pelakon wanita tersebut.
Selain itu dalam masa yang sama juga, Kilafairy sebenarnya turut
mempromosikan produk kesihatan yang memberikan tumpuan kepada pelansingan
badan. Mungkin salah satu cara untuk promosi juga bukan? (rtky/s)
0 comments:
Post a Comment