Mencari wanita untuk
dijadikan isteri kedua, ketiga atau keempat kini mungkin menjadi lebih mudah
bagi mana-mana lelaki di Indonesia apabila seorang pembangun aplikasi telefon
pintar Indonesia memperkenalkan aplikasi 'AyoPoligami' untuk memudahkan
golongan yang berhajat untuk berpoligami.
Dirancang untuk dilancarkan semula pada Oktober, 'AyoPoligami' dibangunkan sebagai satu "platform untuk menemukan pengguna lelaki dengan pengguna wanita yang bersedia untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar", seperti yang dikhabarkan oleh penciptanya.
Lindu Pranayama berkata, ilham untuk menghasilkan aplikasi tersebut muncul apabila mendapati kebanyakan laman mencari jodoh tidak menyediakan perkhidmatan untuk lelaki yang sudah beristeri berkahwin lagi.
"Bila mereka menyertai laman mencari jodoh yang sedia ada, mereka tidak menemui pilihan untuk poligami.
"Mereka tidak menjumpai pilihan untuk mencari isteri kedua, ketiga atau keempat,"katanya.
Berdasarkan pelancaran awal aplikasi tersebut baru-baru ini, 'AyoPologami; sudah pun dimuat turun oleh ribuan pengguna sehingga applikasi tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu sebelum dilancarkan semula.
Walaupun syarikat yang mengasaskan aplikasi tersebut, Pandu Solusi mendakwa sedang berbincang dengan cendekiawan Islam mengenai isu berbangkit, aplikasi tersebut terus mencetuskan kontroversi dan debat dalam kalangan masyarakat tempatan, malah ada yang menganggap ia bakal menjadi punca keruntuhan rumah tangga.
Namun, syarikat dan pembangun aplikasi tersebut mendakwa sudah pun mengambil langka-langkah sepatutnya agar anggapan tersebut tidak menjadi realinya. Antaranya, pengguna yang mahu mencari pasangan poligami perlu memberikan maklumat peribadi serta surat persetujuan poligami daripada isteri pertama, yang mana adalah sah di sisi undang-undang Indonesia.
Menunggu untuk dilancarkan semula, susun atur applikasi tersebut menampilkan imej kartun lelaki berjanggut berlatarbelakangkan seni bina Islamik, diapit oleh 4 wanita kiri dan kanan dan 3 kanak-kanak serta berpakaian gaya Islamik.

"Saya
tidak fikir aplikasi tersebut akan menjadi popular", kata Bonar Tigor Naispospos dari Institut Setara.
''Ramai wanita, termasuk mereka yang taat pada agama tidak bersetuju dengan aplikasi ini'', katanya lagi.
Sumber : The Independent , BH Online

0 comments:
Post a Comment