LELAKI warga emas, 80, dipercayai ditinggalkan di sebuah rumah
di Taman Inderapura, Kuantan, diselamatkan anggota polis Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD), hari ini.
Warga emas berkenaan, Tang Ngad, yang lumpuh separuh badan
akibat angin ahmar ditemui dalam keadaan bogel di jeriji rumah.
Pasukan polis terpaksa memotong jeriji rumah itu yang dikunci
oleh anaknya sejak Isnin lalu.
"Kami bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa berada
di depan pintu jeriji dengan keadaan bogel dan dipenuhi najis.
"Polis terpaksa memotong mangga yang dipasang sebelum
membawa keluar warga emas itu dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan
(HTAA) untuk pemeriksaan lanjut," katanya hari ini.
Katanya, polis akan
menghubungi anak warga emas berkenaan untuk siasatan lanjut selepas ini.
0 comments:
Post a Comment