PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah
Hamid, 62, meninggal dunia kira-kira 6 petang hari ini.
Allahyarhamah yang juga Exco Wanita Umno menghembuskan nafas
terakhir di Institut Jantung Negara (IJN).
Beliau dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18
September lalu.
Anak sulungnya, Datin Sharmila Shaheen berkata, jenazah akan
dibawa pulang ke kediamannya.
"Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid
Darul Ehsan , Taman Tun Abdul Razak ( Taman TAR , Ampang) pada hari Khamis
bersamaan 5 Oktober 2017.
"Jenazah Allahyarhamah
akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah , (Karak 2 )
, Taman Selasih , Kuala Lumpur," katanya.
0 comments:
Post a Comment