Pilah
Kontenastay ialah satu
destinasi untuk anda merasai suasana nyaman berada di kampung, dan kepada
sesiapa yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota raya di sinilah tempatnya
yang mungkin anda boleh datang bersama keluarga anda.
Berkonsepkan dan
bercirikan rumah moden dengan sedikit sentuhan English style, Pilah Kontenastay yang terletak
di Kuala Pilah ini sangat sesuai untuk dijadikan destinasi untuk anda meluangkan
masa bersama keluarga dan rakan-rakan sewaktu cuti panjang.
Ia dikenali sebagai Pilah Kontenastay kerana homestay ini dibina
dengan berasaskan 80% daripada kontena yang menjadikan gayanya lebih menarik
dan unik lain dari yang lain.
Susun
atur perabot dan reka bentuk dalaman Pilah Kontenastay juga
sangat cantik dan kemas. Ini pastinya dapat memberikan suasana santai dan
nyaman kepada pengunjungnya.
Lihatlah gambar-gambar bilik homestay ini,
kesemuanya kelihatan moden tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan
unsur-unsur kampung yang mendamaikan.
Berkonsepkan dan
bercirikan rumah moden dengan sedikit sentuhan English style, Pilah Kontenastay yang terletak
di Kuala Pilah ini sangat sesuai untuk dijadikan destinasi untuk anda meluangkan
masa bersama keluarga dan rakan-rakan sewaktu cuti panjang.
Ia dikenali sebagai Pilah Kontenastay kerana homestay ini dibina
dengan berasaskan 80% daripada kontena yang menjadikan gayanya lebih menarik
dan unik lain dari yang lain.
Suasana kampung yang
sebenar boleh dirasai di homestay ini kerana
pelbagai aktiviti santai juga dapat dilakukan seperti berbasikal dalam kebun,
makan buah (ketika musim buah), berbeku dan macam-macam lagi.
Sekali sekala buat aktiviti santai macam
ini pun baik juga. Dapat juga mengeratkan hubungan sesama keluarga dan
rakan-rakan. Jadi, kalau nak buat hari keluarga pun sangat sesuai!
Kadar yang dikenakan untuk satu malam untuk satu bilik adalah
antara RM85-RM170 mengikut jenis bilik yang anda inginkan.
Bukan itu saja, jika anda
mahukan masakan home made, anda
boleh meminta masakan kampung, barat,
Cina dan macam-macam lagi. Dengar-dengar masakan kampung di sini memang
asli. Siapa yang suka pedas boleh cuba masakan mereka di sini. Memang sedap!
Anda boleh melayari
Facebook Pilah Kontenstay untuk maklumat lanjut!
0 comments:
Post a Comment