Sunday, October 1, 2017

Filled Under:

Anjing yang setia ini menangis pada waktu malam menanti kepulangan tuannya yang tidak akan kembali




Kematian seorang pelajar baru di University of Santo Tomas Horacio “Atio” Castillo III telah menjadi tajuk utama di Filipina baru-baru ini. Pelajar berusia 22 tahun itu meninggal dunia akibat serangan jantung akibat kecederaan parah yang dialami semasa kejadian hazing Aegis Jvris. Semasa pengebumian itu, anjingnya dengan setia berada di sisinya.




Horacio “Atio” Castillo III dikebumikan di Manila Memorial Park, Paranaque, pada hari Rabu, 27 September.

Anjing peliharaan Atio, yang dinamakan Lega, memakai kemeja putih yang dicetak dengan kata-kata #JusticeForHoracio, kelihatannya seperti terkejut pada pemakaman tuannya itu.

Bapa saudara kepada Atio, Gerardo Castillo, berkongsi foto Lega, yang meratapi jasad tuannya yang tidak bernyawa, yang sedang berbaring di dalam keranda, di Facebook. Foto itu diambil semasa majlis pemakamam Atio di Santuario de San Antonio di Makati.


“Atio yang paling disayangiku, Lega sangat merindui kamu sehingga dia ingin mencium kamu tetapi dia tidak dapat memahami kenapa kamu tidak lagi bersamanya,” tulis Castillo.
Castillo berkongsi bahawa Lega sedang mengalami kesulitan dalam mengatasi ketiadaan tuannya.
“Saya melihat Lega seolah-olah dia benar-benar sedang menangis pada waktu malam. Adakah kamu tahu Atio dia masuk ke bilik kamu dan seperti tertanya-tanya mengapa kamu belum pulang ke rumah tetapi saya tahu yang dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena. “
“Saya sayangkan kamu Atio dan sama juga dengan Lega,” katanya.



Malah pada malam majlis pemakamam Atio, Lega yang setia itu menolak untuk meninggalkan tuannya.
Senator Miguel Zubiri menangkap gambar anjing yang setia itu, Lega duduk di bawah keranda Atio pada malam terakhir pemakamamnya itu.
“Pemandangan ini sangat menyayatkan hati. Lega tidak mahu meninggalkan sahabatnya pada malam terakhir pemakam Atio. Sungguh menyedihkan, “kata senator di Instagram.




Pos yang menyentuh perasaan dari Gerardo ini telah mendapat lebih daripada 31,000 reaksi sejak ia dikongsi pada 21 September.


“Gambar ini membuatkan saya menangis,” kata seorang pengguna Facebook.
“Takziah untuk kehilangan awak. Takziah kepada anda dan keluarga anda. Kami akan mengingati anda semua dalam fikiran dan doa kami, “kata seorang lagi.
Era Baru





0 comments:

Post a Comment