“Tiada siapa yang berkahwin untuk
bercerai,” – ini adalah kata-kata seorang peguam perceraian di Brazil.
Dengan pemikiran seperti ini, peguam ini tidak keberatan untuk
membantu pelanggannya untuk berdamai walaupun itu bermakna dia akan kehilangan
potensi kliennya.
Rafael Gonçalves adalah seorang peguam dari bandar kecil Sao Sebastiao do Paraiso dan telah menjadi terkenal kerana membantu mendamaikan pertelingkahan pasangan suami isteri bersama-sama dengan menanyakan mereka empat soalan yang mudah.
Pasangan muda itu telah datang ke pejabat
Gonçalves untuk meminta perceraian dan menyatakan alasan mereka. Tetapi
Gonçalves mendapati bahawa pasangan itu sepertinya masih menyintai antara satu
sama lain dan memutuskan untuk membantu mereka.
Dia memberi mereka senarai dokumen yang diperlukan untuk
perceraian dan di bahagian bawah, dia menulis empat soalan untuk mereka
menjawab sebelum mereka kembali.
“1. Adakah saya telah melakukan segala yang
termampu untuk menyelamatkan perkahwinan ini?
2. Adakah perceraian ini merupakan pilihan yang terbaik?
3. Siapa yang mempengaruhi keputusan saya?
4. Berapa banyak masalah yang anda hadapi bersama dan bagaimana
anda bertemu? “
Pasangan itu kembali beberapa hari kemudian dan membuat
keputusan untuk membatalkan perceraian itu.
Mereka juga
mengambil gambar soalan itu dan mengongsikannya di media sosial, dengan harapan
bahawa ia akan membantu menyelamatkan perkahwinan yang lain.
Bercakap
kepada Good News Network, Gonçalves menjelaskan tindakannya, “Saya tidak fikir
saya melakukan sesuatu yang istimewa dan pada pendapat saya semua rakan sekerja
saya harus melakukan perkara yang sama juga. Tiada sesiapa yang memulakan
perancangan untuk berpisah, dan tiada siapa yang berkahwin merancang untuk
bercerai. Kita hidup dalam masyarakat yang membuang sesuatu perkara tanpa
membetulkannya, dan ini juga sesuatu yang menyedihkan dalam sesebuah hubungan.
“
“Kadang-kadang semua orang
memerlukan seseorang untuk membantu dalam meredakan konflik sesebuah hubungan.
Sejujurnya, saya masih mendapat permintaan orang yang memerlukan bantuan dalam
hubungan mereka dan ada orang memberitahu saya bahawa peguam mereka mula
menggunakan soalan yang sama, “katanya.
0 comments:
Post a Comment