SEORANG ibu berkongsikan
kesedihan terhadap kejadian yang menimpa anak lelakinya yang berusia 16 bulan
akibat bermain dengan permainan yang dikenali sebagai ‘wacku monkey’.
Wanita terbabit
yang menggunakan nama Chell Shukapooh di laman Facebook mendakwa, disebabkan
kecuaiannya, permainan yang dianggap tidak membahayakan pada awalnya itu
menyebabkan anaknya mengalami luka agak serius.
Akibatnya, kuku
dan isi jari tangan anaknya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.
Dakwa ibu
terbabit, anaknya mengalami kecederaan itu setelah memasukkan jari dalam lubang
permainan tersebut.
“Jari dimasuk dalam lubang kecil dan kemudian apabila dipaksa
keluar, hujung jari sampai hendak terputus disebabkan mainan itu kuat apabila
tangan wacky monkey bertemu,” katanya dalam catatan 12 Oktober lalu.
Kesal
terhadap apa yang berlaku, ibu terbabit menasihatkan orang ramai agar
berhati-hati kerana khuatir kejadian sama berulang.
Perkongsian ibu
tersebut mendapat 7,700 likes dan dikongsi 18,000
netizen.
Rata-rata
netizen menasihati agar menjauhi permainan itu demi keselamatan anak kecil. –
MYNEWSHUB.CC


0 comments:
Post a Comment