DELHI – Seorang bayi perempuan
ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dihurungi semut di dalam sebuah beg
plastik di Bhopal, India awal pagi Sabtu lepas.
Lebih
menyedihkan, bayi cukup sifat berkenaan ditemui seorang lelaki ketika melalui
di kawasan longgokan sampah berhampiran sebuah kebun teh, di sini.
Menurut seorang
saksi, Dheeraj Rathore, dia yang kebetulan melalui kawasan itu terdengar suara
tangisannya di dan rengekan bayi malang itu ketika melalui kawasan tersebut.
“Saya berjalan berhampiran tong sampah itu dan terdengar suara
tangisan bayi. Bila diperiksa, alangkah terkejutnya saya apabila ternampak
kepala seorang bayi baru dilahirkan.
“Ketika ditemui, kepala bayi itu terjojol keluar dari beg plastik
merah di dalam tong sampah dan seluruh badannya dihurungi semut,” katanya seperti yang
dipetik Dailymail.
Rathore
kemudian segera menghubungi dua rakannya yang kemudian datang membantu
membersihkan bayi itu, sebelum dihantar ke hospital berhampiran untuk
mendapatkan rawatan.
Menurut
pemeriksaan doktor, bayi seberat 3.65 paun itu mujur sempat diselematkan oleh
Rathore ekoran keadaannya yang sudah kritikal dipenuhi serangga semut.
Sementara itu,
Polis Bhopal percaya bayi malang berkenaan mungkin telah dibuang oleh ibu
bapanya kerana bayi itu bukan jantina lelaki seperti yang diharapkan. –
MYNEWSHUB.CC





0 comments:
Post a Comment