UMUM sudah mengetahui, Indonesia
merupakan negara dengan populasi penduduk Islam paling ramai di dunia dan
undang-undang terhadap kegiatan homoseksualiti juga teramatlah ketat.
Namun,
bagaimana pula jika si ‘suami’ berjaya menipu identitinya dan telah berkahwin
dengan seorang wanita?
Itulah insiden
yang terjadi di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia beberapa minggu lalu.
Seorang gadis
yang dikenali sebagai Syarifah Nurul Husna, 20, akhirnya menamatkan zaman
bujangnya bersama seorang ‘lelaki’ yang dikenali sebagai Rahmat Yani pada 17
September yang lalu.
Namun,
perkahwinan yang diidamkan Syarifah itu nampaknya berakhir pada malam pertam
apabila dia mendapati ‘suami’nya itu rupanya seorang wanita!
Syarifah terus
memberitahu keluarganya tentang perkara itu selepas mendapati suami yang baru
dinikahinya itu mempunyai alat kelamin wanita.
Akibat berang,
Rahmat dibawa ke balai polis dan akhirnya mengaku yang sebenarnya dia juga
wanita seperti isterinya itu.
Menurut Tribunnews.com,
Rahmat yang kononnya seorang lelaki mengakui dia menggunakan kad pengenalan
palsu demi mengahwini Syarifah dan menyembunyikan nama sebenarnya iaitu
Rahmayani.
Khabarnya,
pasangan itu telah menjalin hubungan cinta selama enam bulan sebelum Rahmayani
meminang Syarifah.
Dalam pada itu,
Maemuna yang juga ahli keluarga Syarifah terkejut dengan perkhabaran yang
diterimanya kerana sebelum ini gaya dan suara Rahmayani saling tak tumpah
seperti seorang lelaki sejati.
“Kami tidak tahu dia seorang perempuan dan terus menerima
lamarannya.
“Dia juga menunjukkan kad pengenalannya yang jelas tertera
jantinanya adalah lelaki,” katanya dipetik Tribunnews.com.
Kisah
perkahwinan mereka menjadi tular dalam kalangan netizen di Indonesia selepas
seorang pengguna laman Facebook memuat naik gambar perkahwinan tersebut. – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment