SEKINCHAN, SELANGOR
- "Habis anak kucing kami dipotong-potong," demikian Shakila Desmond
yang mengesyaki anak kucing milik abangnya, Putra Amed, dibunuh dengan kejam
oleh jirannya.
Gambar yang dimuat
naik sejak jam 10 malam semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen yang
rata-rata meluahkan rasa geram dengan perbuatan individu yang tidak berhati
perut itu.
"Masalah kalau
ada jiran yang gila, sakit mental. Anak kucing pun nak dibunuh. Habis anak
kucing kami dipotong-potong. Kalau ye pun tak suka kucing, tak perlu
seksa," katanya.
Menurut Shakila,
dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh jiran sebelah rumahnya. Malah
Shakila mendakwa, individu yang sama juga pernah melemaskan seekor anak
kucingnya dengan merendam haiwan kecil itu di dalam tong sampah berisi air
sehingga pagi.
"Hari itu lagi
bodoh perangai dia. Dia ambil kucing dan direndam dalam tong sampah berisi air
sampai pagi. Orangnya waras, anak isteri semua waras. Tetapi masing-masing suka
menyeksa," katanya.
Difahamkan hanya
tiga ekor anak kucing yang tinggal dan Shakila tidak tahu kepada siapa dia
hendak melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan jirannya itu. Dalam masa
yang sama, Shakila bimbang jika tiga ekor anak kucing mereka itu akan menjadi
mangsa yang seterusnya.
Ekoran kejadian itu
juga, abang Shakila telah menghantar tiga ekor anak kucingnya itu ke rumah
ibunya kerana bimbang akan keselamatan haiwan berkenaan.
Sementara itu, Putra Amed berkata, dia terkejut apabila menemui separuh badan dan sebahagian kaki anak kucing yang diletakkan di depan pintu rumahnya, membuatkan dia berasa sedih dengan kejadian yang menimpa kucing kesayangannya itu.
"Sedih sangat. Anaknya cantik-cantik. Mata semua biru. Yang mati itu yang paling gemuk dan comel. Kalau benarlah ini perbuatan orang, harap Allah tunjukkan balasannya nanti," katanya.
Jelas Putra, dia
tidak bermusuh dengan sesiapa, malah tidak pernah menganggu keluarga sesiapa
mahupun mencampuri urusan orang lain. Namun orang kampung pernah berkata yang
jirannya itu bermasalah.
Sehingga ke waktu
itu, belum ada sebarang perkembangan terbaru dari Shakila dan Putra. Namun
netizen berharap dua beradik berkenaan segera melaporkan perkara itu kepada
pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.





0 comments:
Post a Comment