Pengacara dan pelakon Hefny Sahad, memberitahu
bahawa dia dan pelakon cantik, Uqasha Senrose sedang
menjalinkan hubungan yang serius setelah perkenalan mereka selama setahun.
“Kita kawan dah dekat setahun dan kita rapatlah, bulan 11 cukup
setahun kita kawan. So far, so
good tak ada masalah apa-apa cuma perjalanan setahun tu banyak
yang kita nampak. Bila dah lama kita harapkan hubungan pergi ke tahap yang
lebih serius atau lebih stabil”
“Sudah semestinya, bila kita dah lama kawan akan ada
perbincangan, perancangan itu semua. Cuma hubungan ini, apa yang boleh saya
katakan buat masa sekarang kita seriuslah,” katanya yang ditemui di Majlis
Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik.
Hefny turut berkata sepanjang menjalinkan hubungan bersama
Uqasha sudah tentu ada pasang surutnya. Pun begitu, dia mengakui bahawa Uqasha
bersikap jujur sepanjang perkenalan mereka.
“Dalam setiap hubungan itu akan ada naik turun, ada masa kita
bergaduh, ada masa kita sedih dan ada masa kita gembira. Tapi sepanjang setahun
apa yang saya tahu walau macam mana sekali pun, at the end of the day, kita
akan jadi baik balik buat masa sekaranglah. Tapi kita tak tahu lagi akan datang
macam mana”
“Dia benda ni sebab kita belum sampai ke tahap, dari segi kalau
ikut hukum pun kita belum mempunyai apa-apa ikatan yang sah. Jadi mesti ada
rasa jealous, cuma saya tak ada hak terlampau-lampaulah, sebab saya kena tahu
juga beza antara kerja, atau mungkin kerja untuk tujuan publisiti ke apa”
“Tapi selalunya apa yang jadi dia akan bincang dan share dengan
saya. Dia seorang yang bersikap jujur. Apa yang kita berbual dengan orang lain,
conversation text, apa sahaja dia akan tunjuk dekat saya. Dia sangat jujur dari
segi benda itu. Itu yang saya rasa okaylah. Tak ada apa-apa yang dia selindung
pada saya,” katanya lagi yang mengharapkan perhubungan tersebut terus mekar. (rtky/h)
0 comments:
Post a Comment