ara-gara berat badannya susut melampau, pelakon Hanez Suraya menjelaskan
bahawa dia pernah mengalami tekanan akibar perkara tersebut. Menurut Hanez,
berat badannya berterusan merosot selepas melahirkan anak sulung, Putri Aleesya.
“Ramai yang mengambil berat apabila bertanya mengapa saya begitu
kurus. Berat badan saya kini di bawah 50 kilogram. Saya tidak melakukan apa-apa
rawatan pelangsingan badan, tidak juga mengambil ubat kurus, malah jarang
bersenam”
“Ia mula menurun selepas selesai tempoh berpantang. Pada
mulanya, saya sangka itu perkara biasa tetapi apabila berat semakin merosot,
saya mula resah,” jelasnya kepada BH Online selain turut menyatakan bahawa
pakaiannya kini turut semakin longgar.
Pelbagai usaha juga telah dilakukan oleh Hanez bagi menaikkan
berat badan namun sehingga kini masih belum berhasil. Bagaimanapun pelakon
wanita ini tetap bersyukur kerana tidak berdepan sebarang masalah kesihatan. (rtky/s)
0 comments:
Post a Comment