Kontroversi kisah cinta
antara jutawan kosmetik terkenal tanah air, Datuk Seri Hasmiza Othman atau
Datuk Seri Vida dengan Ahmad Iqmal Zulkefli, pembantu peribadinya menemui jalan
penyelesaian akhirnya.
Ini disebabkan keputusan yang diambil oleh pendendang lagu I Am Me itu yang memindahkan pembantunya ke bahagian pemasaran berkuatkuasa pada Khamis.
Ujar Vida, kontroversi yang melibatkan dirinya dengan jejaka berasal dari Kelantan, yang berusia 23 tahun itu telah mencalarkan maruah dan imejnya sebagai seorang ahli perniagaan.
Cakap-cakap mengenai hubungan mereka itu mula timbul sejak minggu lalu apabila tindakan anak perempuan Vida, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 12, memuat naik skrin gosip percintaan melibatkan ibunya di Instagram dengan ucapan seolah-olah tidak merestui hubungan tersebut.

Gosip tersebut semakin
panas apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa jejaka yang dikaitkan
dengan dirinya itu tidak menolak seandainya dijodohkan dengan Vida.
"Buat masa ini jawatan pegawai media dan pembantu peribadi yang disandang Ahmad Iqbal masih kosong dan hubungan saya dengannya tidak awkward serta tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja.
"Sebenarnya, Iqbal agak tergugat bila ditukar kerana tumpuan dia sudah berbeza. Lepas ni, dia kena hadap produk, hadap Pamoga dan bukannya hadap muka saya seperti sebelum ini," katanya lagi.
Vida bagaimanapun menafikan bahawa keputusan penukaran itu dipengaruhi oleh posting yang dimuat anak perempuannya yang lebih dikenali sebagai Cik B itu.
Vida turut mengaku berasa tersinggung dengan pihak yang beranggapan bahawa lelaki yang cuba mendekatinya hanya disebabkan wang dan harta sahaja.
"Saya terasa adakah saya ini tidak cantik walhal saya memiliki ciri-ciri impian yang diingini oleh seorang lelaki.
"I am fun, I am pretty, I am beautiful... seperti lirik lagu saya," katanya lagi.
Sumber : mStar

0 comments:
Post a Comment