Isu perkembangan Lara Alana, anak kepada
selebriti terkenal Awal
Ashaari dan Scha al-Yahya bukanlah perkara baru. Tetapi
baru-baru ini pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila
bertindak membalas komen peminat yang mendakwa anak mereka ‘lembap’. Pasangan
ini saling membalas komen menghentam tindakan peminatnya itu.
Menerusi laman Instagram, seorang individu dikenali Coreyrasd mendakwa Lara
harus diberikan perhatian oleh kedua orang tuanya kerana perkembangan otak
kanak-kanak itu yang perlahan. Selain itu, individu itu juga turut sama
menasihati pasangan itu supaya buang ego masing-masing dengan membawa Lara
berjumpa pakar.
Tidak tahan anaknya teruk dipersoalkan, Awal tampil menjawab
komen individu terbabit dengan nada yang agak beremosi. Dalam komen itu, Awal
mempersoalkan wanita itu yang tidak mengenali mereka dengan rapat tetapi sesuka
hati menghukum didikan mereka terhadap anak-anak.
Selain itu, Scha juga turut sama meninggalkan komen terhadap
wanita itu kerana berang didakwa terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan
masa berkualiti bersama Lara. Jelasnya lagi, mereka sudah pun membawa Lara
berjumpa dengan pakar tapi ianya tidak perlu dikongsi di laman sosial.
Komen pedas wanita itu bukan saja menimbulkan kemarahan pasangan
ini, malah ianya turut mencetuskan perbalahan antara peminat di ruangan komen.
Sebagai peminat, tidak perlulah masuk campur urusan peribadi selebriti.
Pastinya mereka tahu apa yang terbaik buat anak mereka. (rtky/w)
0 comments:
Post a Comment