DUIT banyak tapi masih merungut?
Haihhh… Orang yang tak berkemampuan pun masih mampu bersyukur, tapi dah banyak
duit pun masih mahu merungut lagi.
Baru-baru ini,
jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Alif Syukri ada memuat naik satu
gambarnya bersama kereta mewah jenis Rolls Royce Dawn menerusi laman Instagram
miliknya.
Yang
tak bestnya apabila
kapsyen Aliff tu macam merungut dia dikenakan bayaran sebanyak RM60 ribu untuk roadtax kereta
mewah yang hampir setahun tidak pernah digunakannya itu.
“Kesian kereta ni dah setahun tak bawa sebab minyak mahal lepas tu
pening.. Bayar road tax RM60k rugi jee jadi saya nak sewakan lah utk
korang,” tulisnya di ruangan kapsyen tersebut.
Amboi datuk
seri… Kereta harga RM4 juta, roadtax RM60 ribu takkan susah nak bayar pula?
Ada sumber yang
mengatakan starting price kereta Rolls Royce Dawn
jika di Malaysia ialah RM4 juta! Roadtax sahaja dan
RM60 ribu, boleh keluar Proton Saga cash sebiji!
Kekayaan Aliff
bagaikan melimpah-ruah bila kereta mewahnya disimpan seperti perhiasan sahaja.
Aduhh… Menangis tengok kereta berderet je.
Netizen pun apa lagi, mulalah serangan di ruangan komen
Aliff. Ramai yang meninggalkan komen mengatakan Aliff bagaikan tidak bersyukur
apabila dia mula merungut hanya kerana roadtax dan harga minyak.
Tambah
pula dia bagaikan tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepadanya
jika dibandingkan dengan sesetengah orang yang tidak berkemampuan.
Sebelum ini
Aliff ada memuat naik satu posting dengan menggunakan perkataan ‘azab’ apabila
dia terpaksa menunggu lebih lama sementara ‘istana’ mewah baharunya siap tidak
lama lagi.
Ramai
netizen kecam sebab dia dikatakan tidak bersyukur hanya kerana perlu duduk di
rumah yang mempunyai lapan buah bilik itu.
Haihh Datuk
Seri… Mungkin dia sendiri tidak sangka kata-katanya itu telah membuatkan banyak
hati yang terguris. Yalah, netizen sekarang ramai ‘hati tisu’ dan Aliff sendiri
sentiasa berasa teruja di dalam setiap postingnya.
Mungkin Aliff
kini mahu lebih fokus dalam mengumpul aset. Dengarnya dah banyak rumah banglo
yang sudah dimiliki olehnya.
Baguslah kalau
rumah itu dapat digunakan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan. -MYNEWSHUB.CC
/ Ainaa Hafizah
0 comments:
Post a Comment