BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, perkataan yang paling ringkas yang
mempunyai banyak kelebihan dan hikmah disebalik pengucapannya. Namun sukar
untuk kita ucapakan dalam perbuatan seharian . Sabda Rasulullah “barangsiapa
yang membaca BISMILLAH 21 kali sebelum tidur maka ia akan dilindungi dari
gangguan syaitan sepanjang tidur.”
Dalam kehidupan seharian kita seelok-eloknya membaca BISMILLAH
sebelum melakukan sesuatu perkara kerana boleh menghindari dari penggunaan
syaitan. Sebagai contoh dalam penyidaian, menyimpan atau memakai pakaian kita
disarankan membaca BISMILLAH tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak
digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita
menaruh pakaian dan ketika menggunakan kadang terasa gatal dan
tidak nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh
lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan
oleh makhluk lain dengan cara mereka.
Terdapat satu kisah pada zaman dahulu, seorang isteri yang
sering menggunakan kalimah BISMILLAH dalam setiap kehidupan seharian samada
membasuh, mengemas rumah, memasak, menyidai pakaian dan sebagaianya. Pada suatu
hari si suami yang ingin menguji isterinya telah memberi seketul emas dan
menyuruh isterinya menyimpan didalam almari, si isteri membaca BISMILLAH
sewaktu mengambil ketulan emas dari tangan suaminya dan sewaktu hendak
meletakkan didalam almari. Selang beberapa hari kemudian si suami telah
mengambil ketulan emas tersebut dan membuangnya ke laut, sewaktu sebelah petang
si suami meminta isterinya mengambil ketulan emas tersebut dan sewaktu membuka
alamari, si isteri membaca BISMILALAH dan mengambil ketulan emas yang basah dan
berasa hairan kenapa emas tersebut basah dengan keajaiban itu , lalu si suami
beristighfar dan menceritakan semuanya kepada si isteri.
Penggunaan bismilaah juga boleh menghindari dari terkena
perbuatan sihir, dalam satu kisah yang berlaku di sebuah restoran, beliau
membaca bismillah sebelum hendak minum air , tetapi gelas tersebut peacah
dengan serta merta, kerana Allah telah membantunya dari terkena sihir dengan
memecahkan gelas tersebut. firman Allah “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu
memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah
(nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku
sangat pedih” (surah Ibrahim 7).
Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk
kaum wanita tidak dilupakan juga kepada lelaki, kerana terdapat banyak golongan
dari wanita yang tanpa sedar telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan
jin. Mungkin kita dengar tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya , oleh itu
digalakkan kepada kaum wanita membiasakan diri membaca BISMILLAH dalam
kehidupan seharian .
Semoga kita mendapat keberkatan dalam kehidupan seharian dengan
membaca bismillah sebelum melakukan sesuatu perkara yang hendak dilakukan.
kerana BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah permulaan dalam al-Quran dan permulaan
dalam kehidupan seharian.
Oleh:
AIDA SHUHADA MUHAMAD SALIM, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan
Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama
www.islamituindah.info
0 comments:
Post a Comment