KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan,
terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila
berjumpa.
Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang
yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan
wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan
mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.
Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan
seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan
menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi
sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan
berterusan hingga hari ini.
Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran
serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah
seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu
memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk
bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat
dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.
Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau
bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu
keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu
Daud)
Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut
bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.
Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan
riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah
Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat
jelita.
Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita
yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati
suaminya.Aisyah menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya
yang kamu mampu.”Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud
yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:”Allah melaknat wanita-wanita
yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain
mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah
gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”Mengenai hadis
pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu
membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk
menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun
demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka,
termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis
kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.
Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang
mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan
alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut
bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud
wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur
sehingga kelihatan halus.
Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi
semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan
berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening
sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita
kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana
dijelaskan dalam hadis kedua.
Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau
terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar
membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan
Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk
bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik
adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan
pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam,
adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati
suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang
digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan
menggadaikan diri sendiri.
www.islamituindah.info
0 comments:
Post a Comment