Lahirkan rasa kasih dalam diri anak-anak melalui sifat ibu
bapanya yang penyayang. Cara itu perlu dilatih sebaik anak lahir ke dunia dan
merasai deria sentuhan ibu ayahnya.
Ikut saranan yang dikongsikan oleh Datuk Dr Abdul Basit Abdul
Rahman, Pensyarah Jabatan Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail
Petra dan Mursyif di Pondok Sungai Durian, tentang tempat kawasan tubuh anak
yang perlu ibu bapa cium setiap hari. Dalam masa yang sama berikan sentuhan dan
gosokan pada 5 lagi tempat pada anggota tubuh anak.
Mengikut
saranan doktor Psikologi terhadap ibubapa, terdapat empat ciuman dan beberapa
sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan
setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia
masih menjadi anak kita.
1.
Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil
mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.
2.
Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak
kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
3.
Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita
terhadap si anak.
4.
Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah
s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.
Perhatian:
Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja.
5 Sentuhan:
1. Mengosok
belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai
dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok
atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok
atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap
anak.
4. Keempat
kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memgang
kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau
keliru.
Tambahan:
Gosok di dada ketika perlu.
Bila nampak
dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah,
gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment