Peniaga minuman paling berbahaya ialah penjual air tebu
kerana mesin tebu boleh membuatkan mereka kehilangan tangan mereka. Seorang
peniaga tebu terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara tangannya disedut mesin
tebu ketika menggunakan mesin tersebut, dua hari lalu.
Abdul Majid Beran, 70 tahun, berasal dari Grik, Perak dimasukkan
ke Hospital Taiping kerana keadaan tangannya cedera parah dan memerlukan
pembedahan segera.
Menurut anaknya, Nuratina Abdul Majid, 42 tahun, kejadian
berlaku pada pukul empat petang ketika dia sedang bersiap untuk berniaga di
pasar malam Bandariang.
“Biasanya dia memang buat kerja dengan cermat, tidak pernah buat
laju-laju pun. Tadi jarinya tersepit masa masukkan tebu yang pertama,” katanya.
“Masa masuk tiada apa berlaku tapi masa kepakkan tebu itu, satu
jari termasuk dalam mesin, terus mesin sedut sampai pergelangan tangan,”
jelasnya.
Agak mengerikan apabila kita melihat sendiri tangan disedut oleh
mesin tebu yang tajam itu. Pasti Abdul Majid berasa trauma selepas kejadian ini
berlaku.
0 comments:
Post a Comment