Sunday, October 22, 2017

Filled Under:

5 Tanda Anda Sebenarnya Hidap Masalah Mental!


Tekanan hidup merupakan perkara biasa yang melanda setiap manusia, namun apabila tekanan itu terlalu tinggi ia mampu memberi kesan negatif terhadap kehidupan seseorang.
Kes bunuh diri serta keganasan juga antara kesan yang sering dikaitkan dengan tekanan hidup.
Tetapi bagaimana sebenarnya untuk mengetahui sama ada anda sedang berdepan tekanan yang membahayakan?

1. FIZIKAL

Mereka yang menghadapi tekanan perasaan mudah rasa letih. Aktiviti ringan seperti berjalan atau sedang mengemas bilik juga mampu meletihkan.
Selain daripada sering mengadu keletihan, mereka yang menghadapi tekanan juga mudah rasa pening, sakit belakang dan juga sakit perut.

2. PENGASINGAN

Individu yang tertekan akan menjauhkan diri daripada sebarang interaksi dengan dunia luar. Mereka gemar duduk di rumah dan ketika di pejabat, mereka mengelak daripada berbual dengan rakan pejabat.

3. TIADA MINAT

Tekanan menyebabkan seseorang itu hilang minat terhadap aktiviti yang digemarinya.
Mereka sering memberi alasan “tiada mood” untuk melakukan aktiviti yang diminati sekaligus mampu menyebabkan idea seperti membunuh diri serta mencederakan diri sendiri hadir dalam pemikiran.

4. PEMAKAIAN

Mengekalkan rupa dan gaya bukan lagi satu keutamaan buat mereka yang tertekan. Penampilan diri tidak lagi penting dan membuatkan itu kelihatan selekeh.

5. EMOSI

Pemikiran negatif akan memberi kesan negatif pada emosi seseorang. Tahap keyakinan juga mampu menurun sekaligus menyebabkan individu itu membenci dirinya sendiri.






0 comments:

Post a Comment