Sunday, October 22, 2017

Filled Under:

KAJIAN: Wanita Malas Kemas Dapur Susah Nak Kurus




Lepas makan ramai yang suka biarkan pinggan dan gelas di dalam sinki. Tunggu penuh sinki tu baru la nak basuh.
Tapi bagi anda yang mahu kuruskan badan, tabiat suka menunda kerjaa mencuci pinggan dan membersihkan dapur akan beri kesan pada nafsu makan.
Menuru kajian yang dilakukan oleh Cornell Food and Brand Lab, mereka yang menghabiskan masa di dapur yang tidak bersih akan mengambil lebih banyak makanan dari yang sepatutnya.
Berada di persekitaran dapur penuh dengan pinggan mangkuk yang tidak dicuci menyebabkan kurang kawalan dari segi selera makan dan akan makan lebih banyak.
“Berada di ruang yang kotor, tidak baik untuk mereka yang sedang berdiet,”kata seorang penyelidik
“Mereka akan berfikir jika keadaan di dapur diluar kawalan, mengapa saya harus mengawal pemakanan.”
Katanya lagi, bagi mereka yang dalam proses menurunkan berat badan, sebaiknya sentiasa bersihkan ruang bukan saja dapur tapi bahagian lain rumah.
Sumber: Vanillakismis






0 comments:

Post a Comment