Jenama terkemuka
Balenciaga sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan memperkenalkan koleksi
terbaru mereka.
Sebelum ini
Balenciaga mengeluarkan beg tangan seperti beg membeli belah IKEA dan juga
rekaan kasut Crocs yang dikatakan kasut paling hodoh.
Koleksi kali ini memang
lain macam reka bentuknya. Jenama dari Sepanyol itu baru-baru ini mengeluarkan
skirt yang ternyata membuatkan ramai ketawa.
Skirt tersebut dilihat seperti karpet kereta. Rekaan skirt
tersebut dipersembahkan ketika Paris Fashion Week baru-baru ini.
Skirt tersebut merupakan
rekaan pereka fesyen Demna Gvasalia. Skirt yang diperbuat daripada kulit itu
diberinama ‘Car Design Skirt’ dan djual dengan harga $2,430 USD (RM10,263).
Pereka itu
sendiri mendakwa idea untuk mencipta skirt tersebut tiba-tiba muncul semasa dia
memandu kereta kegemarannya.
0 comments:
Post a Comment