ALOR
SETAR – Seorang wanita patah tulang belakang apabila terjatuh dari tingkat lima
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang tadi.
Pengarah
Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, siasatan awal mendapati
wanita tempatan berusia 33 tahun itu berkunjung ke HSB bagi melawat seorang
rakannya yang sedang dirawat.
“Wanita itu
terjatuh dari tingkat lima dan terhempas di tingkat dua HSB…mangsa kini diberi
rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan berada dalam keadaan
stabil dan sedar,” katanya menerusi kenyataan malam ini.
Bagaimanapun
mangsa yang sudah menjalani ujian X-Ray kini menunggu untuk ujian dan rawatan
lanjut. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment