SEORANG wanita misteri yang suka
berak di hadapan rumah orang di Colorado telah dikenalpasti sebagai individu
yang mengalami kecederaan otak akibat pembedahan menukar jantina.
Pendedahan itu
dibuat oleh seorang lelaki misteri, yang bertindak sebagai jurucakapnya. Lelaki
itu mendakwa sebagai wakil kepada keluarganya.
Menurutnya,
wanita itu mahu meminta maaf kerana dia tidak dapat mengawal usus menyebabkan
dia terpaksa berak di merata tempat.
Lelaki itu
bagaimanapun enggan mendedahkan identiti dirinya dan wanita itu. Kenyataan
berkenaan dibuatnya menerusi YouTube, demikian lapor KRDO.
Dia juga
mendakwa perbuatan wanita itu tiada bezanya dengan bayi yang menyusu badan ibu
di khalayak ramai.
Wanita misteri
itu menjadi perhatian selepas dia dilaporkan berak di depan rumah orang ketika
berjoging.
Laporan polis
telah dibuat dan kini pihak berkuasa sedang mengesannya. –MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment