IA merupakan detik-detik
menyedihkan bagi seorang remaja, Vishwas G. Ketika dia tergapai-gapai dalam
air, kawan-kawannya pula sedang sibuk berswafoto, tanpa menyedari rakan mereka
itu sedang kelemasan.
Kejadian
berlaku di Bangalore, India ketika remaja berusia 17 tahun itu berkelah bersama
rakan sepengajiannya di kolej kebangsaan.
Menurut salah
seorang rakannya, Sumanth A, ketika kejadian mereka sedang berkelah dan
berenang di sebuah kuil.
Selepas habis
berenang, mereka berswafoto beramai-ramai dan meninggalkan kolam berkenaan
tanpa menyedari kehilangan Vishwas.
“Salah seorang rakan kami melihat semula gambar itu dan menyedari
Vishwas lemas. Kami kembali semula ke kolam itu namun dia telah hilang,” katanya yang
kemudian memaklumkan kepada pensyarah mereka, Prof. Girish yang bertugas
memantau pelajar terbabit.
Mereka
menghubungi polis dan tidak lama kemudian mayat Vishwas ditemui di kolam kuil
terbabit yang berusia 300 tahun.
Keluarga
Vishwas turut dimaklumkan mengenai anak mereka dan mereka bergegas ke situ.
Keluarga mangsa
mendakwa pensyarah yang bertugas cuai dan mahu tindakan diambil namun tidak
lama kemudian menarik balik gesaan terbabit.
Ia selepas
pengurusan kolej berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin
terhadap mana-mana pihak yang cuai.
Vishwas
merupakan anak kepada seorang penarik beca. – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment