KUALA LUMPUR – Juara dunia, Mohd
Azizulhasni Awang telah melelong sarung tangan yang digunakan semasa Sukan
Olimpik Rio 2016 dengan harga RM5,000 untuk sumbangan kepada Pusat Tahfiz Darul
Quran Ittifaqiyah yang terbakar di Jalan Keramat Ujung, di sini.
Beliau hari ini
meluangkan masa untuk melawat pusat tersebut untuk menyampaikan sumbangan dan
juga hasil daripada lelongan amal yang dijalankan menerusi akaun Instagram
beliau, beberapa hari lalu.
Menurutnya,
sumbangan tersebut diharap dapat membantu menampung keperluan pusat tahfiz
berkenaan.
“Hasil daripada lelongan dengan pembida tertinggi dengan RM5,000
dan juga ditambah dengan sumbangan beberapa individu, kita sedekahkan kepada
pusat tahfiz ini.
“Saya harap dengan bantuan kecil ini dapat meringankan pusat
tahfiz dan anak-anak tahfiz ini,” katanya seperti dipetik BH Online.
Azizulhasni
melelong sepasang sarung tangan basikal 5Bling edisi Rio2016 yang digunakan
semasa meraih pingat gangsa acara keirin pada temasya Sukan Olimpik di Rio
tahun lepas.
Lelongan
pertama yang berakhir jam 8 malam semalam, menyaksikan Menteri Belia dan Sukan,
Khairy Jamaluddin menjadi pembida tertinggi dengan nilai RM5,000.
“Sarung tangan tersebut telah mendapat bidaan tertinggi daripada
Menteri Belia dan Sukan kita iaitu YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin dengan
jumlah sebanyak MYR5,000.00, ribuan terima kasih kepada Abah KJ,” katanya.
Terdahulu,
jaguh keirin negara itu pernah melelong sarung tangan ‘Save
Gaza’ yang digunakan pada temasya Sukan Komanwel 2014 dan
sumbangan disalurkan ke Gaza. – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment