Seringkali kita mendengar
peristiwa bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Memang sedih dan sukar
untuk diterima tetapi kita sebagai ibu bapa juga perlulah lebih berhati-hati
didalam mengurus anak-anak dan sentiasa peka keatas keselamatan mereka.
Tersedak
susu berlaku apabila cecair yang dihisap bayi tidak masuk ke ruang esopagus
untuk ke perut tetapi masuk melalui trakea ke paru-paru sekali gus mengganggu
pernafasan bayi. Disini admin sediakan tips2 mengelak daripada bayi tersedak
susu.
1-
BELAJAR DAN CARI ILMU TENTANG PENYUSUAN BAYI SEMASA ANDA MASIH LAGI HAMIL. ILMU
YANG BETUL AKAN MEMBANTU DAN MEMUDAHKAN KERJA ANDA.
2-
JANGAN! MEMBERI SUSU KETIKA BAYI ANDA SEDANG MENANGIS DAN CUBA TUNGGU SEHINGGA
TANGISANNYA REDA.
3-
PASTIKAN SAIZ PUTING SESUAI DENGAN UMUR DAN KEADAAN BAYI.
4-
TINGGIKAN KEPALA BAYI KETIKA MENYUSU DAN ELAK MENYUSU DIDALAM KEADAAN BAYI
TERLENTANG.
5-
SENDAWAKAN (BURP) BAYI SETIAP KALI SELESA MENYUSU.
6- JANGAN TINGGALKAN BAYI
ANDA SENDIRIAN SEKIRANYA MENGGUNAKAN BOTOL.
7-
JIKA MENYUSU BADAN, PASTIKAN ANDA BERADA DALAM KEADAAN SEGAR BAGI MENGELAKKAN
ANDA TERTIDUR DAN PUTING TERBIAR DIDALAM MULUT BAYI ANDA.
Sekiranya
bayi anda tersedak susu ini adalah rawatan segera yang boleh diberikan:-
1- Letakkan
anak anda meniarap pada lengan dengan tangan memberi sokongan kepada kepala
bayi.
2- Kepala anak anda
diletakkan lebih bawah daripada badan.
3- Berikan
lima tepukan kuat pada bayi di antara tulang belikat.
4- Jika
masih tidak dapat mengeluarkan objek, pusingkan bayi menelentang dan dengan
menggunakan dua jari, tekan dada bayi sebanyak lima kali di antara puting bayi.
Ulang sehingga “objek” itu keluar.
5-
Sekiranya masih tidak bernafas dan tidak bermaya segera minta bantuan dan beri
bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR).
6-
Segera bawa mereka ke hospital!
Bukan
sahaja kerana tersedak susu sahaja puncanya tetapi masalah pernafasan yang
berpunca daripada keadaan sekeliling juga boleh mengganggu kelancaran
pernafasan mereka antara puncanya ialah:-
–
Posisi tidur bayi yang salah sehingga mengganggu sistem pernafasan mereka.
– tidur meniarap,
tidur di atas permukaan terlalu lembut dan tidur dalam keadaan banyak selimut
juga memberi risiko yang tinggi.
– Keadaan
terlalu panas seperti dalam kenderaan tertutup atau bilik terkurung juga
menjadi punca pernafasan bayi terganggu.
– Jika
terdapat individu yang merokok di dalam rumah atau di sekeliling bayi, boleh
menyebabkan pernafasan bayi terhenti kerana sesak nafas.
Banyak
lagi punca-punca lain, kita sebagai ibu bapa atau penjaga mereka haruslah rajin
untuk mendalami ilmu. Jangan jadikan tiada masa ataupun malas sebagai alasan
kerana jika anda lalai anak anda yang akan terseksa. Jangan kerana sedikit
kecuaian kelak anda yang akan merana.
Tetapi ajal maut di tangan
Allah, siapalah kita untuk menghalang ketentuanNya. Apa yang penting adalah
kita berusaha dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
0 comments:
Post a Comment